Thursday 28 April 2016

Air untuk Manusia,Air oleh Manusia


Assessment .

  Air adalah Sumber Kehidupan iaitu Manusia,Tumbuhan dan Haiwan.Air juga adalah sumber penting dalam kehidupan.Tubuh badan manusia juga terdiri atas 70% air.Air adalah zat terpenting kedua selepas oxygen bagi tubuh badan manusia.Air Oxygen adalah air air minum yang telah diaktifkan dengan menggunakan Sinar Alpha melalui proses Molecular Resonance e-Magnatic Technologi (MReT).Air minum mengandungi Oksigen murni tinggi,serta Air Minum yang mengandungi kandungan mineral An - Organik yang rendah.


     Apakah Fungsi Air?

     Fungsi Air bagi Manusia : 
  •       Rumah Tangga - minum,masak,mandi,cuci dan lain-lain.
  •       Umum   - kebersihan jalan dan pasar,pengangkutan air limbah,hiasan kota,tempat rekreasi dan sebagainya.
  •       Industri   -  Pabrik dan Bangunan Pembangkit tenaga Listrik.
  •       Perdagangan - hotel,restoran dan lain-lain.
  •       Pertanian,Pertenakan danPelayaran.


     Air juga mempunyai pelbagai manfaat seperti

      Manfaat air pada tubuh badan 
  1.       Memperlancarkan Sistem pencernaan
  2.       Memperlambatkan Tumbuhnnya Zat-zat penyebab kanser
  3.       Melembapkan dan Menyehatkan kulit.
  4.       Menyehatkan jantung.
  5.       Menyeimbangkan fungsi organ dalam badan 
    
    Tahukah Anda?

      Bahawa 70% dari tubuh badan kita terdiri daripada cairan.Antaranya ialah:
  •    Otak 80.5 %
  •    Paru-paru 86%
  •    Hati 75%
  •    Darah  90.7%
  •    Tulang 22%
  •    Ginjal -   82%
  •    Otot  -     75%





    BENCANA!!!!! 
    
   Air juga dapat memusnahkan manusia.Seperti:
  • masalah banjir-banjir lumpur
  • pencemaran air di sungai
  • hujan Asid
    Mengapa berlakunya bencana yang tidak sepatutnya berlaku ini!!!

Ini adalah kerja manusia,manusia telah gagal menghargai,mengurus,menjaga dan menggunakan air dengan sebetul- betulnya.Contohnya:

  •  manusia tidak menjaga kebersihan Membiarkan sampah bertaburan tanpa diurus.
  •  manusia melakukan aktiviti pembalakan Penebangan Pokok
  •  manusia mahukan tanah - Menggondolkan tanah tanpa belas kasihan
  •  manusia yang mendirikan kilang - Mencemarkan sungai dengan bahan kimia tanpa rasa bersalah.
  •   manusia yang tidak bijak Membangunkan kawasan perancangan di tempat yang tidak sepatutnya.
  •  manusia yang tidak mesra alam - tanpa rasa prihatin terhadap sungai yang telah tercemar. 
 APA AKAN TERJADI KEPADA KEHIDUPAN DI DUNIA INI??
  1.  Manusia akan mendapat penyakit dan mati.
  2. Haiwan akan kehilangan habitat dan pupus.
  3. Tumbuhan akan layu dan mati.

APA PERLU KITA SEMUA LAKUKAN AGAR BENCANA ITU TIDAK AKAN BERLAKU???
     
                                                                    Ada caranya,Seperti:
  1.    Penjimatan air - Tutup paip apabila tidak digunakan,menggunakan air dengan kuantiti yang mencukupi dan tidak berlebihan dan ringgankan tulang untuk menutup paip air jika anda ternampak paip yang tidak ditutup.
  2.    Laporkan aduan - Membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab tentang orang yang tidak bertanggungjawab yang menebang pokok secara berleluasa dan penubuhan kilang di tempat yang tidak sepatutnya.
  3.     Membuat Kempen - "Hargailah Air","Air sangat penting dalam kehidupan","Jom Jimat Menggunakan Air"  , "Selamatkan Air"dan sebagainya.
   Kesimpulan
   
     Maka,Kita sebagai seorang manusia haruslah menghargai air.Walaupun air hanya sekadar air tetapi airlah yang sentiasa diperlukan oleh kita.Sebelum bencana yang terjadi akibat manusia gagal menghargai air,kita haruslah bersama-sama memulihkan keadaan dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menyelamatkan air.Kita semua juga tahu air banyak kepentingannya.Justeru,kita semualah yang harus mengambil peranan.Akhir sekali,ampun silap maaf saya jika tersalah ejaan,terima kasih kerana sudi membaca dan ambilah ikhtibar dari blog ini.

  Sekian,terima kasih..Assalamualaikum  .😀😄😆😉 😊😏.



     Sumber rujukan: 
  • http://mulaisehat.com/manfaat-air-bagi-kehidupan-manusia-wajid-dilestarikan/ 
  •  http://www.randasaputra.com/pentingnya-mengetahui-syarat-air-minum-yang-layak-dikonsumsi
  •  http://training.inviro.co.id/fungsi-dan-peran-air-bagi-kehidupan-manusia/
  • http://gocapita.blogspot.my/2012/08/manfaat-air-oxygen-o2-bagi-manusia.html 
  • http://www.utusan.com.my/rencana/menghargai-air-sebagai-sumber-kehidupan-1.69799